Thursday, February 25, 2010

Cerita pasal saya dahulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya sangat lemah menulis. Baik dalam bahasa ibunda, baik dalam English apatah lagi Spanish yang saya baru belajar sepatah dua, sudah pun terlupa. Bahasa, adalah kelemahan saya yang paling utama, mahu menulis sepatah ayat pun sudah berjam-jam. *Sindrom itu akan datang secara automatik*

Saya telah berada di bumi separa gersang di mana penunggang2 kuda yg dikenali sebagai koboi pernah ber'wandering' di tanah ini berpuluh2 tahun dahulu, selama 2 tahun. Panas? Sudah semestinya. Lapang, kontang? Anda akan kecewa apabila datang ke sini, seperti mana saya. Seronok? Tidak sesekali. Jadi, mengapakah saya ke mari?

Sejak dari kecil, saya tidak pernah bercita2 menjadi medical doctor. Saya takut. Melihat darah sendiri dari luka yg kecil mampu menyebabkan saya pitam dan nausea. Tapi saya mahu gelaran doktor, kerana dari kecil telah disogok bahawa menjadi doktor itu adalah hebat. Maka, saya mengambil jalan yang panjang untuk menjadi seorang doktor. Selepas bertahun bertungkus lumus *perkataan ini digunakan seolah-olah saya ini seorang yang rajin & determinant :D* maka saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang mana cawangannya terceruk di celah2 ladang kelapa sawit di sebuah pekan di Banting, Selangor. Dipendekkan cerita, saya mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar ijazah keDOKTORan di sebuah universiti, di sebuah pekan yang terletak di sebuah negeri di mana bekas gabenornya ialah Presiden US yang bertanggungjawab menyerang sebuah negara teluk berberapa tahun yang lepas . Seronokkah saya sekarang?

Untuk menjawab soalan saya sendiri, maka saya terbitkan blog ini. Tujuannya mudah, untuk berkongsi suka duka perjalanan seorang pelajar, seorang isteri, seorang anak dan yang paling penting ialah seorang manusia biasa untuk mendapatkan ijazah kedoktoran itu. Kalau pun catatan ini tidak mampu memberi inspirasi kepada yang lain untuk melakukan perkara yang sama, saya berharap agar suatu hari nanti blog ini dapat mengingatkan diri saya tentang perit payah, air mata dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka yang menyayangi diri saya supaya saya mendapat gelaran doktor itu.

Salam sayang.

1 comment:

  1. Salam, ini farah melissakan?
    Kenapa tak aktifkan blog ini, letak sahaja gambar2..menjadi menarik. Sibuk ya...
    jaga diri

    ReplyDelete