Friday, August 5, 2011

Kisah ayam dan ikan di bulan puasa

Salam,

Pukul 4.00 pm, kedai halal 1. Stock daging halal dah habis, jumaat minggu depan baru restock.

Pukul 4.10 pm. Kedai Asian. Stock ikan sotong dan seangkatan dengannya, juga dah abis. Tokey p bercuti. Jumaat depan baru ada stock baru. Owh sudah, takkan seminggu nak berbuka sardin n telur?

Pukul 4.30 pm. Kedai halal 2 (Lubbock hanya ada 2 kedai halal). Ada lamb saje. Waktu nak keluar kedai, Tokey tanya, nak stock ayam dia masak katering ke tak. Beratnya 13 pound. Otak sudah letih, kul 7 am dah berkebun, saya angguk2 saje kepala. Balik rumah, malam2 time orang nak tido, dok bersihkan ayam satu sinki macam esok nak raya. Rega boleh tahan, dalam $20 satu bembat tu.

Tak lama lepas tu, adik undergrad kaki Joran GP yang baik hati, tepon nak anto ikan. Ayam x abes siang lagi, ikan ketik2 masih hidup (masih hidup lagi waktu entry nie ditulis. Sape nak siang ikan besar tu?)

Rezeki Ramadhan. Ya Allah, permudahkanlah ramadhan ku).
Published with Blogger-droid v1.7.4

1 comment: