Friday, August 12, 2011

Ramadhan's blessing

Salam,

I do not know the best way to express this. One thing that I always believe is, Allah always answers our prayers.

Today, I had spent 4 hours with my new committee member, Dr. R. Right after coming out of his office, I burst into tears and cried for an hour. To recall for some bitter memories, around this time of the year, I cried so many times because of my stumbled research works, the lazy summer workers, bla bla bla. Ironically, today, I cried of joy.

Ok, kena tulis bahasa, In case, who knows? Kot2 prof. tu nanti jumpa pulak blog nie, cnp ke Google Translator. Before graduate nie, kena amek semua precautions.

Sebelum saya jumpa Dr. R, saya dah meeting dengan penyelia utama saya tu. Jawapan standard selepas saya present data itu ini, graphs yg bermuka2 surat itu, dah berbuih mulut bgtau saya punya layout dissertation writing, ialah OK, saye setuju. Itu sahaja, ok? Kecewa? Saya dah biasa dengan jawapan OK itu.

Bila saya jumpa Dr. R hari ini, saya angkut folder yang sama saya bawa tunjuk prof. OK itu. Dr. R godak satu-satu file saya, bukan hanya yang dalam folder, tapi dalam hard disk juga. Perkara pertama dia point out pada saya, labeling untuk ANOVA table saya salah. Owh gembiranya saya, sebab buat pertama kalinya ada orang bgtau saya saya buat salah!!!  Dr. R soh bukak program yang saya run analysis tu, cek semua command, suggest guna command lain, siap bagi contoh, dan bgtau yang method baru lebih accurate.

Lepas tu, saya tunjuk graphs lain pulak. Dia soh saya bukak semua Excel file yang saya simpan data untuk graphs tu, dah tu satu-satu dia check. Siap tunjukkan cara paling senang untuk process data, yang selama ini saya buat secara manual. Dia pon ajar saya untuk guna macro dalam Excel (silalah ketawakan saya, saya tak pandai guna macro), dan dia siap suruh saya practice depan dia, to make sure saya grab concept macro tu.

Tung tang tung tang, takut data tak elok, dia siap suggest yang saya setup satu experiment baru - dalam green house - (sebab summer depan dah patut grad kan). Dia bayar semua, tak perlu sakit kepala mana nak korek funds. Dia cuma tanya commitment saya untuk collect data, and for sure, bukan masalah bagi saya (walaupun lepas tu siap tanya, sempat ke saya nak grad nie, hahahaha).

Tung tang tung tang, saya tanya dia, boleh tak dia jadi co-advisor saya (ini telah difikirkan sejak dia report duty this April), sebab saya tersangatlah under-advised. Dr. R kata, dia tanak complicatedkan things and papers kat Grad School, so dia willing buat kerja as major advisor dengan title minor advisor. Saya dengan selambanya bagitau dia yang saya under-advised, saya rasa saya tertinggal dan lembap (ke lembab?), semua benda saya figure out sendiri, process and analyze data blindly (sebab major advisor asek kata OK saje, maka saya pon buat apa yang saya suka. Sadis kan?) bla bla bla, and dia boleh cakap, dengan data yang saya tunjuk pada dia hari ni, dia kata dia bangga dengan saya, and wish that he has one like me. Terharu ok, sebab selama ini saya bekerja keras, bertungkus lumus, dan diunder-appreciated. Owh dia pon cakap, written English saya untuk chapter yang saya bagi dia comparable dengan journal yang dia selalu reviews (senyum kejap, perasan pon perasan lah, kan?)

Bla bla bla lagi, Dr. R kata, kalau saya kena extend, dia willing untuk sponsor saya. Walaupun saya rasa saya akan terima sponsor tu (memandangkan kelembapan saya), saya tetap cakap, saya akan cuba dulu untuk graduate summer. Dr. R pon willing nak tolong saya tulis manuscript, dan harapnya pengalaman dia as reviewer akan bantu saya.

Keluar dari bilik dia selepas 4 jam, saya terus menangis tersedu-sedu. Semenjak saya start research study saya dari tahun lepas, hari-hari saya berdoa pada Allah agar research saya dipermudahkan. Selepas setahun saya struggled, melalak, berguling terlentang, dan sengsara (semua lah yang seangkatan dengannya) Alhamdulillah, segala pujian bagi-Nya, di bulan ramadhan, hari jumaat, doa itu terjawab!!!!

Semoga dipermudahkan semuanya selepas ini!!!

8 comments:

  1. Salam.. Congrats dear.. segala penat jerih dah terbalas jugak.. Ade org yg appreciate!

    ReplyDelete
  2. Baca title ingatkan pregnant :D Hehe. Anyway, keep up the good work, insya-allah it'll pay off in the end.

    P/S: Kalau nak pesan ape2 orang balik Malaysia nih, ym lah ek. Beg kitorang kosong.

    ReplyDelete
  3. Farina: Owh yang itu, belum lagi hehehehe. Beraya kat Malaysia ek, bestnya. So far takde lagi, tapi kalau ada apa2 nnt Lisa email ek. Tq so much!!

    ReplyDelete
  4. ooooo ini Lisanya blog.... ada mai baca... tak kenal tuannya.. lepastu kenal tuannya taktau blog ni dia punya....
    pokok cotton dah boleh buat kain belum?
    licin rendang semalam kitorang kasik abis.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. seronoknya tgk org dpt further study kt oversea.. itu impian saya sejak zaman sekolah lg..selalu biler time2 raye duk depan tv tgk student2 msia bagi ucapan kt family kt msia..
    nmpknye rezeki saya xsampai belajar kt oversea..sbb saya mmg underadvised..heheee..
    tp dapat peluang belajar U msia pon da cukup alhamdulillah apabila terpaksa applied 3 kali bru dapat..
    we appreciate more when we go through the hardship..

    ReplyDelete
  7. unknown: Sorry for a late reply, saya dah berzaman tak jenguk blog sendiri hehehe. Saya totally setuju dengan anda, the hardship pays for itself. Jangan kecewa tak dpt belajar di oversea, saya percaya rezeki anda datang juga kemudian hati, doa saya untuk anda.

    ReplyDelete