Thursday, December 9, 2010

Suami saya

Salam,

Walaupun suami saya cakap bubur asyura yang saya buat kurang sedap, saya tetap sayang dia, walaupun bila suami saya balik dari kerja, badan dia bau macam chicken shawarma, saya tetap sayang dia hehe. Saya sangat kesian tengok dia balik dari kerja, dia sangat tension setiap kali balik dari kerja. Kenapa? Anda tension tak kalau dapat boss Pak Arab yang macam ini?

Kisah 1
Tokey Arab: Imran, dah pukul 2 pm nie. Apesal tak balik lagi? Nie musti nak claim duit lebih
Imran: Ada meja tak kemas lagi. Lagipun, saya dah tulis kat punch card saya balik pukul 2pm (Skrg pukul 2.30 pm)

Maka Imran pon kemas-kemaskan diri untuk balik. Tetiba,
Tokey Arab: Hey Imran, kan ada 2 meja tak kemas lagi tu. Kenapa dah nak balik?


Kisah 2 
Tokey Arab: Minggu depan nanti kamu kena datang pukul 10 am. Tapi tak tahu hari apa lagi.

Pada suatu pagi yang tidak dinyatakan,
Tokey Arab (tepon): Hey Imran, dah pukul 10 am nie. Kenapa kamu tak datang lagi? Kalau dah tanak kerja, bgtaulah!
Imran: Tapi boss tak pernah cakap dgn saya hari apa yg kena datang pukul 10 am tu!


Kisah 3
Imran sedang memasak kat kaunter depan, tetiba,
Tokey Arab: Imran, p isi botol sos kat kaunter depan tu. Yalla Yalla (cepat, cepat)

Imran pon speeding p dapur isi botol sos. 
Tokey Arab: Hey kamu duduk kat dapur nie, kamu tak buat kerja kat kaunter depan ke?


Kisah 4
Imran: Boss, chicken shawarma dua, take away
(Saya ada kat kedai waktu tu, maka saya dengar order Imran dengan jelas, walaupun saya bukan sebelah dia).

Tokey pon masak-masak chicken shawarma tp letak dalam pinggan.
Imran: Boss, saya kata take away
Tokey Arab: Hey kamu nie cakap lah betul-betul. Kan dah lambat nak kena tukar-tukar. Nanti customer dapat lambat, customer tanak datang lagi bla bla bla kamu nie ***** la!!
(Saya rasa nk tempeleng aje tokey Arab yang sengal tu, tapi Imran macam biasa kat kedai buat cool. Nanti balik rumah baru dia mengaruk dengan saya)

Nak dengar lagi? Oklah last ek


Kisah 5
Imran: Kat restoran sekarang dah ada orang baru. Ok lah sikit, tak kelam kabut sangat.

FYI, Imran ialah cashier, waiter, cook, sweeper, mop-er (bukan moper eh!!),  dan semua sekali. Restoran itu macam dia yang punya. Owh, hanya Imran seorang saje pekerja restoran itu hehehe.

Seminggu selepas itu:
Saya: Macamana budak baru kerja tu?
Imran: Owh budak tu dah kena fired semalam.

FYI again, restoran tu bukak pada February lepas. Selain Imran seorang, semua pekerja yang lain hanya bekerja selama 2-3  minggu paling lama. Semua kena fired!


Akhirnya, pada suatu hari,

Imran: Saya dah tak tahan kerja kat situ!! Balik kerja nie saya nak tanya dengan Ridhwan kalau dia ada kerja kosong (Ridhwan ialah orang Muslim yang tengah cari pekerja)

Bila dia balik kerja,
Saya: Jom, kata nak p jumpa Ridhwan.
Imran: Tak jadilah
Saya: Sudah, kenapa pulak?
Imran: Saya kesian dekat arab tu. Kalau saya benti, nanti arab tu bukan ada helper. Tade orang yang boleh kerja dengan dia.
Saya: Baik. Nanti jangan komplen2 lagi dengan saya (sebenarnya saya tak sampai hati nak dengar)

Suami saya (bak kata ramai orang) tersangatlah sabar. Tak komplen banyak (kecuali bila saya masak tak sedap eh, hunny hehehe). Dia kesian pada arab yang buli dia hari-hari, tapi dia tak kesian pada diri dia sendiri. Eh ada tak saya bgtau yang waktu bulan puasa, kita buka sedap2 kat rumah, lauk ayam panggang, daging masak black pepper, puding mango, Imran hanya buka puasa dengan tab water sebab arab tu tak pelawa langsung air manis dan Imran pon malu nak minta? Jangan salahkan saya, saya dah kata saya nak hantar makanan, tapi dia takut kena marah!

6 comments:

  1. uiiiii yaiii!!! mengadasss nye tokei imran!! mari sini aku kasik sekeh!!!

    ReplyDelete
  2. kak mimah: akak rasa nk sekeh aje..saya nie? rasa nk bakar kedai pon ada hahahaha

    ReplyDelete
  3. sungguh cekal encik imran itu. kalau saya bukan takat sekeh dan bakar kedai, nak sembelih skali. eh..

    ReplyDelete
  4. alia: ok, korum dah cukup nie..tukang sekeh, tukang bakar kedai n tukang semelih..bila nk serbu kedai hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha. Nak gelak pun ada. Arab memang macam tuh, dahla kasar pastuh sengal pulak. Takpelah, nanti kalau Imran betul2 nak berenti, baru Arab tuh tau betapa besarnye jasa Imran. Cakap kat Imran,carik kerja kat hotel cam Jai,boleh dapat discount/free nights kalau gi melancong =)

    ReplyDelete
  6. farina: dah try dah hotel kat sini, tak byk sgt pon hotel, motel aje yang byk, susah juga sebab kat sini pekan koboi :(

    ReplyDelete