Tuesday, January 4, 2011

Apabila berlari tidak cukup tanah

Salam,

Anda pernah tak dengar peribahasa di atas? Tak pernah? Sila-sila lah tanya dengan orang Johor sebab saya rasa saya belajar peribahasa ini waktu saya kanak-kanak dulu. Maksudnya, terlalu sedikit masa untuk selesaikan kerja yang terlalu banyak!!

Kali ini saya tetap update blog ini walaupun saya sudah rajin membuat kerja sekolah. Selepas 8 hari on the road sibuk bercuti-cuti Amerika, saya sekarang terpaksa pulun kerja-kerja untuk conference February nanti. Semester akan bermula semula pada 11 January. 10 January saya kena bersiap untuk orientation day kat department saya (siapa suruh BFF dengan Presiden kelab, kan dah terpaksa jadi AJK!!) maka saya tak banyak masa untuk assemble slides! Kepala saya sudah serabut untuk pilih beratus-ratus graphs!

Mama saya sibuk suruh upload gambar-gambar bercuti. Kalaulah dia tahu anak daranya (kalau anak perempuan dah kawen nak panggil apa ya?)  sudah siap2 masak seperiuk rendang sebagai lauk seminggu, pasti mama saya tak bising-bising tanyakan tentang gambar. Tunggulah nanti mama, akhir-akhir semester saya upload ya hahahaha

Ini pengajaran kepada saya: selepas musim kemalasan + bercuti panjang, terpaksa bertungkus-lumus, lain kali jangan buat kerja last minute!! Owh alamak, boleh tak belum lagi register untuk conference & hotel??


Gambar depan shuttlecock gergasi kat Kansas City dengan Malaysian families yang super cool!! Ini saje gambar yang saya ada dalam camera saya, yang lain dalam camera Imran. Reason: Bila sua camera DSLR Imran kat orang lain, gambar selalu jadi kontot, terkerat sana sini :( Kalau nak minta orang lain ambilkan gambar, make sure anda guna compact camera!!

No comments:

Post a Comment