Monday, March 7, 2011

St Louis, MO (Road Trip Winter 2010)

Salam,

Lepas abes tour kat Graceland, kitorang makan-makan n solat n drive terus ke St Louis, dengan harapan sempat jumpa geng-geng kat Muktamar 2010 tu. St Louis agaknya dalam 6-7 jam dari Memphis? So bila sampai dah malam, Muktamar dah tengah closing ceremony time tu. Saya tak amek gambar sekeping pon sebab galak sangat jumpa orang, dah tak ingat benda lain hehehe. Esok paginya, kami ikut Abg Zahar (previously study kat MI) p makan frozen custard. Sejuk bukan main lagi, siap ada sisa-sisa snow, tapi berderet-deret manusia kat kedai custard tu. Lepas makan aiskrim, saya heret 2 orang budak undergrad untuk ikut saya ke Hannibal (will update this in another entry) sebab St Louis nie macam boring juga.

Suka giler bila nampak signboard dah tukar state. Every state besar gabak sampai jemu driving. Nasib baik saya co-pilot yang tak pernah driving hahaha.

Kedai frozen custard yang sedap tu. Sape dah dekat, sila singgah, tak rugi. Saya p 2 kali dalam masa 2 hari.
Saya punya yang belah kanan, ada banana, pineapple, shredded coconut n macadamia nut. SANGAT-sangat sedap. Saya tak ingat Imran punya apa, tapi dia MESTI amek option yang ada ceklat. Dia antu ceklat, saya anti ceklat.



St Louis nie bukan ada banyak benda nak tengok pon, so kami merayau-rayau saje. Sebelum bertolak p Kansas City, Imran macam biasa, pergi mana-mana pon nk singgah zoo. (Campur yang ini, agaknya dah 4 zoo kami p?) Tapi sejuk-sejuk gaban nie, bukan ada binatang pon. Dah la gerimis. Nasib baik tade admission fee.

Imran depan zoo. Dia bukan nak gambar zoo, dia nakkan sign board St Louis tu saje.

Nasib baik ada penguin, dapat tengok live. First time saya dapat tengok penguin, happy macam budak-budak.

Nie King Penguin. Fur dia sangat cantek, berkilat-kilat.

Setengah jam saya rasa saya duduk tepi kolam penguin nie. Layan tengok penguin berenang la, kuak-kuak la. Rasa macam nak pet kan satu?


Binatang lain takmo kuar dari pen masing-masing yea, sebab waktu tu hujan and temperature pon dekat-dekat below freezing. Jadi binatang yang kami dpt tgk hanyalah:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Lipas gergasi

dan Kupu-kupu
Sadis kan p zoo waktu hujan dan sejuk beku??

Lepas balik zoo dengan perasaan kecewa, kami singgah bandar sekali lagi. Konon-konon nak amek gambar St Louis Arch, tapi weather sangatlah gloomy, satu benda tak nampak. Kecewa lagi!!



No comments:

Post a Comment