Saturday, April 2, 2011

Siapa kawan kamu?

Salam,

Saya pon manusia biasa, yang tahu marah, kadang-kadang bengkeng, dan menangis bila tension. Saya manusia biasa yang hari-hari buat silap. Tapi, pengalaman mengajar saya, bila kita berkawan dengan orang-orang yang baik, kita pon secara tak langsung akan jadi baik juga.

Saya tengah geram: Eh awak, orang tu 'buatkan' saya lagi. Nanti kalau dia minta tolong dengan saya, saya  malas nak layan.
Kawan yang baik: Eh, bila dia minta tolong, tolong aje. Kan kita buat baik sebab Allah, bukan sebab orang.

Saya tengah geram: Awak, budak Serbia tu hari nie cakap macam2 lagi. Saya rasa nak balas aje tau.
Budak lab yang baik: Jangan siram api dengan minyak. Kalau rasa bengang, keluar aje, tak pun max kan volume headphone tu, jangan layankan dia.

Tak lama selepas itu;

Kawan tengah geram: Eee tension aku p kenduri rumah dia tu. Dah la aku penat merewang bagai, anak tuan rumah tu toksahkan bertegur, bersalam pon tidak. Nanti dia kenduri kawen, aku malas nak p.
Saya tengan baik: Eh, tak baik macam tu. Kita kan buat baik sebab Allah, bukan sebab manusia.

Saya pon terfikir, kalau saya dok mengapikan kawan yang tengah marah tu, " betul betul betul, penat aje ko rewang rumah dia, dah tu dapat layanan macam tu. Lepas nie toksah p rumah dia dah" betapa berdosanya saya. Dalam hati, saya berdoa, Ya Allah, jadikan lah aku ini kawan yang mulia di dunia dan akhirat. Bersyukurnya aku ada kawan-kawan yang membetulkan hati dan perasaaan yang salah!

Kata sepupu saya Epi,

Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.


No comments:

Post a Comment