Saturday, April 30, 2011

Kalau...

Kalau rasa gembira tepuk tangan (tepuk). Kalau rasa gembira tepuk tangan (tepuk). Kalau rasa gembira, begini la caranya, kalau rasa gembira tepuk tangan.

Mestilah gembira, exam tak abes lagi, tapi dah pegi bershopping. Selai Levis rm100, terus rembat dua.

* susah betul nak cari barang yang bukan made in China skrg nie. Haihhhh

Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, April 27, 2011

Eh, dah 4 tahun?

Salam,

Bicara malam 27hb,

Saya: Hun, nak hadiah apa anniversary nie?
Imran:  Saya nak nie (tunjuk majalah, sungguh-sungguh)



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


 

Owh suamiku, minta maaflah. Saya tak berduit banyak, tak mampu nak belikan Rolex, walaupun saya tahu pengorbananmu tak terbayar dek rega Rolex sebiji  ^_^ . Saya tak pandai nak jiwang-jiwang, tapi untuk suamiku, sahabat baikku, Imran Jaafar, terima kasih atas 4 tahun yang istimewa.

Friday, April 22, 2011

Makcik oo Makcik

Salam,

Kisah benar di pagi jumaat
Venue: Family room, University Medical Centre
Masa: 11.40 am
Makcik Hispanic tergesa-gesa masuk family room untuk fix lunch.

Saya (dengan penuh sopan santun) : Makcik, saya dah nak keluar nie. Saya ada kelas pukul 12 pm. Saya terpaksa tutup bilik nie kalau tade volunteer. Makcik boleh datang pukul 12 karang yea, ada volunteer lepas saya shiftnya pukul 12 - 3 pm.
Makcik: Oo saya nak panaskan pizza aje. lagipun kain saya belum siap basuh (tuding mulut kat mesin basuh)
Saya: Mesin tu takpe makcik, nanti kul 12 pm ada orang datang, makcik leh dry kan kain baju makcik. Saya stay lagi 5 minit ek, tapi lepas tu saya memang terpaksa tutup bilik nie.
Makcik: Ok, whatever saya sudah dalam masa 5 minit, saya keluarlah nnt.

Lepas 10 minit,

Saya: Makcik, saya dah kena tutup bilik nie, kelas saya lagi 5 minit saje. Kelas saya kat Texas Tech sana.
Makcik (muka bengang): Tapi, saya tak siap lagi (dalam hati, tadi aku dah kata, aku dah kena tutup bilik nie. takleh ke tunggu 10 minit sampai next volunteer datang? Aku pon bukan kerja bergaji). Kalau panggil volunteer lain boleh ke? Dia ada kat wad sana. (Makcik sibuk text)

Saya pon kebil-kebil tunggu dengan beg sekolah dah sangkut kat bahu.

Makcik: Hye Brittany, ko boleh datang tak kat family room? Budak yang jaga nie sibuk nak tutup bilik (tak bgtau pon dengan minah tu saya ada kelas. dasar makcik)

Tetiba sorang nurse datang, muka tak gembira. Marah-marah saya. (Tadi makcik kata volunteer, nurse tu bukan volunteer, makcik ooi).

Nurse:  Kenapa awak nak tutup bilik nie? Tak boleh buka ke saje? Patient saya tak makan lagi
Saya: Cik Nurse, saya terpaksa tutup bilik nie kalau tade volunteer. Ini peraturan, kalau jadi apa-apa saya yang kena tanggung. Saya ada kelas kat TTU pukul 12 pm (jam dah kul 12, tapi next volunteer tak sampai lagi). Saya dah dapat permission daripada coordinator untuk tutup bilik nie awal sebab saya ada kelas.
Nurse: Saya call director volunteer office sekarang, kalau dia boleh naik temankan patient saya (volunteer office tu tak sama dengan organization yang saya volunteer, so saya diam saje).

Saya kebil-kebil lagi. Lepas nurse tu kata director tu akan naik family room tu, saya pon cabut. Saya kayuh beskal laju-laju p kelas, sampai kelas 10 min lambat.

Untuk makcik Hispanic, saya nie hanyalah volunteer tak bergaji yang dok bersihkan family room tu, datang pagi-pagi bukak family room tu supaya orang macam makcik dapat basuh kain, makan-makan dan rilek tengok TV. Kalau tade orang macam saya, walaupun ada orang lain dok sumbangkan duit untuk beli TV, sofa, makanan, mesin basuh bagai, (bunyi macam riak, tapi saya bengang), makcik tak dapat semua tu ok. Isnin depan, saya nak letak jawatan (merajuk)


Thursday, April 21, 2011

White Sands, NM

Salam,
Last week, kelas Pedo (soil) saya buat trip p White Sands, NM and kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Sampai White Sands nie, takde pon belajar sangat, masing-masing jakun sebab tak pernah datang sini, jadinya sibuk main pasir saje hahaha. Saya malas nak cerita banyak-banyak pasal geology kawasan nie, saya bajet orang lagi suka tengok gambar ^_^


 Dengar dulu ceramah pasal gypsic sand formation sebelum boleh lenjan

 Tebing nie nampak aje rendah kan, termengah-mengah juga ok nak naik ke atas, lagi-lagi orang tak fit and dah pakai suar saiz 29 macam saya sebab pasir nie lembut, bila panjat aje mendap.

 Gypsic sand nie sangatlah halus and cantik

 Semua orang dok bersuka ria, tak ingat pon nak amek nota haha

 Travis, president Grad Student Council kitorg, mamat koboi yang baik hati

 Nak dapat A untuk kelas nie, semua orang kena roll over dari top of the dune. Taubat saya tak buat lagi, bukan aje pening meroyan, tapi gigi depan saya telah terchipped ok!!!

 Acara buka kasut sebab boot yang berat tu memendapkan diri saya yang dah sedia gemok ini huhu

 Orang lain dengar ceramah pelajaran, saya dah tak larat, sibuk amek gambar saje

 Sand dunes and gypsic dust

 Gradlab mate saya, Chase. Kami sama-sama tumpang mengadu ^_^


 Orang lain dah jauh berjalan ke depan, saya terhegeh-hegeh sebatu ke belakang


 
Sila buat caption sendiri yea, saya dah tepu huhu

Separa merdeka

Salam,

Saya bajet semua orang yang still terhegeh-hegeh amek kelas macam saya, once ada kerja yang dah habes, mesti relieve!! Owh gembiranya!!

1. Seminar class presentation and poster - DONE!!
2. Pedology presentation - DONE!!
3. Pedology term paper - tinggal conclusion
4. Geostatistic homework - DONE!!
5. Geostatistic project - tak start satu sen lagi, bukan kes malas tapi kes kena berebut komputer dengan budak   turf yang sibuk main facebook. Bengang aje rasa!!
 6. IPNI scholarship application - tak start langsung, due date 30 June, lambat lagi ^_^
 7. Final exam pedology - tengok soalan pon nak pitam huhu




PSS 6001
Spring 2011
Final Exam (Due May 5, 2011)

Name ________________

1.            Contrast and compare three soil forming processes that are mutually exclusive with three other soil forming processes.  For example, Podzolization would not likely occur in the same soil as Salinization. Why? You can use this example and discuss two more such conditions or you can choose three of your own. (25 pts)

2.            Contrast and compare three soil forming processes with three other processes that are likely to occur in the same soil.  For example, oxidation and reduction. (25 pts)

3.            Soil Taxonomy and most other soil taxonomic systems are, to a large degree, based upon the soil process of Lessivage.  Calcification occurs in as many soils as Lessivage.  Why is calcification not as prominent as Lessivage in classification systems?   (20 pts)

4.            Using the five forming factors, discuss two soil forming processes that seem to be the major processes associated with that factor. For example, climate: calcification and salinization.  It is difficult, if not impossible, to relate soil forming processes directly with one of the factors.  Which one is it and discuss why? Based upon this condition, can it be said that there is really only one independent soil forming factor? (30 pts)

5.            Discuss three of the soil forming processes in relation to entropy of three soil orders.  Indicated how these processes are related if you keep four of the five factors constant.  In other words, state which four factors are kept constant? (25 pts)

6.            You are looking across a landscape in a basin setting with mounds and linear ridges of moderate relief on either side of central stream drainage.  How would you determine if these landforms are erosional or depositional landforms?  What tools would you use to make these determinations?   What soil profiles might you expect if the landforms are erosional and why?  What soil profiles might you expect if the landforms are depositional and why? (30 pts)

7.            Discuss the morphological soils profile features or horizons you would expect for three soils ranging in age from:  100 years, 50,000 years, and 200,000 years if the parent material is composed of cobbles, stones and sandy alluvial fan sediments. (15 pts)

8.            Discuss the relationships of the soil forming factors that were responsible for the formation of the Mollisol you observed after lunch on Thursday. (mollic epipedon, argillic horizon and calcic horizon) (20 pts)

9.            Simonson, R. W.  1959.  Outline of a Generalized Theory of Soil Genesis.  Soil Sci. Soc. Am. Proc. 23:152-156.  Apply the four process using one or two examples of the soils you observed on the field trip. (10 pts)
 10.         Jackson, M. L. and G. D. Sherman.  1953.  Chemical Weathering of Minerals in Soils.  Advances in Agronomy. vol V:220-318. Assuming the parent material of the soils is a quartz monazite, and based upon the saprolytic Mollisol you observed at the top of the pass on Thursday, discuss the mineral weathering sequence of the quartz monzonite to the present-day Mollisol. Assume you have a mollic epipedon, argillic horizon and a Crt horizon. (20 pts)
11.         Arnold, R. W. 1965.  Multiple working hypotheses in soil genesis.  SSSAJ 29: 714-724.  Dr. Arnold presents four models.  Discuss the relationships of these models to the five soil forming factors. (10 Pts.)

12.         Yaalon, D. H. 1975. Conceptual models in pedogenesis.  Can soil-forming functions be solved?  Geoderma 14: 189-205.  (10 Pts.) Can soil-forming functions be solved? If no, why not, if yes, how can they be solved? (10 Pts.)


Ada sape-sape yang lapang masa nk tolong jawab? Satu soalan saya bagi rm200. Serius, saya tak tipu.

Tuesday, April 19, 2011

Apa lagi?

Salam,

Banyak sebenarnya yang saya nak update, tapi saya tade masa. Saya baru balik class trip, dan baru saje sedar yang saya ada banyak project submission berderet-deret. Hari khamis ada presentation, baru saje buat semalam, nasib baik saya dah ada structure and content dari term paper yang tak siap-siap lagi tu. 2 May saya kena hantar final take home exam (tengok soalan pon dah ngeri) and term paper kelas pedology, project paper and homework kelas geostatistic. Tiket flight nak p tours tak beli-beli lagi hatta tiket tours dah beli. Punyalah serabut jiwa raga sampai tak tahu mana kerja nak dibuat dulu huhu.

 Class trip p White Sands, NM. Sands nie sebenarnya gypsic sands, bukan quartz macam kat tepi pantai. So tak panas, sangat sejuk, tak scratchy, sangat soft. Nak jalan pon macam susah sebab dia macam mendap.





Pokok yucca. Dalam desert environment pon pokok nie boleh survive. Subhanallah, yucca plant nie boleh penetrate sands dunes, tingginya boleh sampai 30 feet (ikut tinggi dunes) and time berbunga keluar petal warna merah yang sangat cantik. It is a misconception that desert is a dull place.

Saya rasa belajar geology / pedology nie sangat best. One thing, saya rasa sangat dekat dengan Allah. Saya harap saya ada masa satu hari nanti untuk cerita kenapa.

Wednesday, April 6, 2011

Few random ramblings

Salam,

School stuffs
  •  My first model didn't work. Conceptually, it is ok but practical-wise, hancur. Slope test pon tak lepas.
  • Currently testing the second model. Seems work with limited data, so need more to test.
  • Crushing my head to formulate the third one. Susah ok, kenapa aku tak test product macam orang lain?
  • My advisor said, " To graduate is easy, just put bunch of stuffs in your thesis. But to produce something beneficial is hard to do." Dia cakap memang senang (but wait, he has developed bunch of models, right? Hye, I am not only half of his age, but also his experiences.)
Nation stuffs
  • Too many complaints on the raising price of the gas (petrol). Why not the government sells the petrol based on the world's market price? I am sick of people who always complaining without facts.
  • My deepest sympathy goes to Datin Seri Wan Azizah. For whatever reasons, I personally think that she is a very strong woman.
  • On the other side of the spectrum, my deepest sickening goes to the media arus perdana. I want to hear scopes on: berapa banyak kadar pengurangan kemiskinan, berapa rate jobless sekarang, berapa banyak facilities dah dibangunkan lepas PRU 12 etc instead of the corrupted leaders, leaders committed adultery, leaders taking advantage to re-involve in politics etc.  All those news just make me wonder, how many of them are still clean / sincere to work for rakyat? 
  • There are only two changes I anticipate from the current government before the PRU 13:
    • I am not asking for salary increment, but please please please, control the price of the goods. Very loose regulations allow grocery / restaurant sharks charging ridiculous prices on goodies and foods. (Hari tu saya balik Malaysia, makan nasi lauk ikan tilapia, mama saya makan nasi lauk sayur, 1 air ais limau - RM10. Baik p makan KFC)
    • More enforcements on the illegal immigrants. Sometimes I wonder where I live - Nepal, Thailand, Bangladesh, Indonesia, Africa, Myanmar? I hope that the Immigrations will do a better job than the Customs (better in enforcements and regulations, not swallowing rakyat's money)

Dalam otak saya sekarang, is only a thing. I NEED A BREAK and also money to take a good break!!!

Saturday, April 2, 2011

Siapa kawan kamu?

Salam,

Saya pon manusia biasa, yang tahu marah, kadang-kadang bengkeng, dan menangis bila tension. Saya manusia biasa yang hari-hari buat silap. Tapi, pengalaman mengajar saya, bila kita berkawan dengan orang-orang yang baik, kita pon secara tak langsung akan jadi baik juga.

Saya tengah geram: Eh awak, orang tu 'buatkan' saya lagi. Nanti kalau dia minta tolong dengan saya, saya  malas nak layan.
Kawan yang baik: Eh, bila dia minta tolong, tolong aje. Kan kita buat baik sebab Allah, bukan sebab orang.

Saya tengah geram: Awak, budak Serbia tu hari nie cakap macam2 lagi. Saya rasa nak balas aje tau.
Budak lab yang baik: Jangan siram api dengan minyak. Kalau rasa bengang, keluar aje, tak pun max kan volume headphone tu, jangan layankan dia.

Tak lama selepas itu;

Kawan tengah geram: Eee tension aku p kenduri rumah dia tu. Dah la aku penat merewang bagai, anak tuan rumah tu toksahkan bertegur, bersalam pon tidak. Nanti dia kenduri kawen, aku malas nak p.
Saya tengan baik: Eh, tak baik macam tu. Kita kan buat baik sebab Allah, bukan sebab manusia.

Saya pon terfikir, kalau saya dok mengapikan kawan yang tengah marah tu, " betul betul betul, penat aje ko rewang rumah dia, dah tu dapat layanan macam tu. Lepas nie toksah p rumah dia dah" betapa berdosanya saya. Dalam hati, saya berdoa, Ya Allah, jadikan lah aku ini kawan yang mulia di dunia dan akhirat. Bersyukurnya aku ada kawan-kawan yang membetulkan hati dan perasaaan yang salah!

Kata sepupu saya Epi,

Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.